Friday 22 June 2012

ikon

Alhamdulillah, atas izin-Nya yang telah menghadiahkan saya masa lapang untuk menulis saat ini. Sungguh, masa cuti yang terluang ini begitu menguji diri untuk menjadi seorang yang produktif. Moga saja jari-jemari yang menaip ini mampu mengisi jiwa-jiwa yang saat ini masih berusaha mencari cinta dan redha Ilahi. InshaAllah. 

Ikon. Satu perkataan ringkas. Yang kita sendiri terkadang tanpa sedar meniru semua lagaknya, mencontohi tingkah dan gerak lakunya, mengucapkan kata seiras perkataannya. Ikon, yang kita pernah puja puja dan kagum begitu lama. Semuanya ibarat sempurna pada mata kita. Sungguh, sungguh menghiburkan dan menggembirakan hati yang adakala sunyi dan sedih, kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang dari manusia lainnya, atau mungkin juga kerana keinginan yang tidak mampu dipenuhi oleh manusia lain atau dirinya. Beberapa saat atau ketika tanpa melihat kelibatnya, walau hanya dalam skrin cuma, kita sudah merindui rupanya, suaranya atau mungkin juga keletahnya yang cukup menghiburkan hati dan jiwa. Ya, kebanyakan dari kita pernah punya ikon itu, atau dalam kata lainnya idola, atau apa saja panggilan yang anda mahu. Kehadiran ikon itu pernah menjadi sebahagian dari hidup kita, pernah dan telah mencuri beberapa bahagian masa kita dalam hidup ini, pernah mengisi kotak ingatan dan hati kita. Barangkali mungkin juga pernah membuat kita lupa kepada satu ikon, yang sepatutnya menjadi ikutan sejak kita mula mengenal dunia, ikon yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan tiap saat dan ketika. Ikon yang jika diikuti sepenuhnya, bakal menjadikan kita manusia yang benar-benar kenal Tuhannya dan tahu hakikatnya sebagai seorang hamba. ya, cuma seorang hamba.

Ikon yang sering kali kita lupakan. Ikon yang sering kali kita ambil mudah dalam kehidupan. Ikon yang mungkin juga kita ingat pada sesetengah masa cuma. Ikon yang mungkin tidak banyak mempengaruhi hidup dan pilihan kita. Ikon yang kurang kita jadikan panduan saat kita menghadapi dugaan juga dikurnia kesenangan. jangan, sahabat jangan. Jangan begitu. jangan lupakan ikon ini, kerana dia benar sayangkan anda, dia benar rindu akan anda, dia benar-benar mendoakan anda, dan cuma dia yang diberi kelebihan untuk membantu kita di akhirat kelak. Jangan lupakan dia, kerana dia tidak pernah melupakan anda, meskipun saat dia hampir menghembus nafas terakhir, anda yang terlintas di fikirannya. 

Contohilah beliau. Teladanilah beliau. Dia insan paling mulia yang telah Allah hantar ke muka bumi untuk memakmurkan kehidupan manusia, dialah yang sepatutnya menjadi ikutan kita, setiap waktu dan ketika. dia yang sepatutnya kita jadikan panduan dalam mengenal erti sebenar kehidupan, erti sebenar menjadi hamba, erti sebenar menjadi seorang Muslim. kata-katanya, akhlaknya, tingkah laku, amal, ibadah dan semua tentang dirinya yang menggambarkan sikap manusia yang diredhai Allah itu ada padanya. Lalu, ikon manakah lagi yang layak untuk dijadikan contoh sebegini jika bukan beliau?

Saya yakin inshaAllah anda sudah punya jawapannya dan anda sudah mampu mengagak di saat anda mula membaca tajuk entri ini barangkali. Benarlah dan benarlah sejak kecil kita telah dididik mengenal baginda, mengetahui asal usul kelahiran baginda, sejarah hidup baginda, akhlak baginda, hampir semua tentang baginda telah diibaca, diingat, dipelajari, dihafal. Lalu kemudian, ke mana hilang semua kisah-kisah yang pernah kita tahu dulu? Mengapa di saat usia mula menginjak dewasa, ikon lain yang menjadi pilihan kita? Sedangkan kita tahu tiada insan semulia baginda di atas muka bumi ini. 

Jawapannya, kerana kita tidak mempelajarinya dengan hati. Kita belajar kerana kita harus tahu dan fahaminya hanya untuk satu tempoh yang singkat. hanya untuk lulus mata pelajaran agama dengan cemerlang. hanya untuk menambah ilmu sebagai seorang pelajar Islam. Itu pengetahuan asas, mana mungkin kita tidak tahu? Maafkan saya jika andaian-andaian ini mengganggu perasaan anda, tetapi itulah realitinya, realiti yang pernah terjadi pada diri saya juga. Tahu dan kenal, inshaAllah cukup kenal tentang baginda, mendengar kisah tentang baginda, tetapi saya juga pernah tanpa sedar mengkagumi ikon lain selain baginda. Oh ya, "tanpa sedar" itu berlaku kerana sebab-sebab yang saya telah ceritakan tadi.

Belajar tanpa hati. Ilmunya hanya berat di otak, lalu berkarat kerana tidak diamalkan. 

Dan cerita tentang baginda itu hanyalah antara cebisan ilmu-ilmu yang kita pernah belajar di sekolah dulu. Masih ada banyak, dan terlalu banyak. Kisah sahabat contohnya. Semuanya ibarat satu persinggahan sementara dalam ingatan kita. Saat ini, sudah banyak yang terlupa dan dilupa.

Mengapa? Sebab yang sama. Belajar tanpa hati. Belajar tanpa tahu tujuan, mengapa harus memahami. Itulah kelemahan kita yang perlu diperbaiki saat ini, belajarlah dengan hati, belajarlah apa jua ilmu dengan niat kerana Allah,semata-mata untuk mencari redha Ilahi, dan teramat perlu untuk kita berdoa agar apa jua yang kita pelajari, dan fahami, dipermudahkan untuk diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Walaupun hanya sepotong ayat Quran yang terbaca di mana-mana.

Doa itu senjata orang mukmin. Kekuatan itu milik Allah. Tapi doa tidak akan makbul tanpa adanya usaha.Itu hakikatnya.

Ikon yang saya maksudkan dan bercerita panjang lebar tadi adalah Rasulullah s.a.w. Rasul dan kekasih Allah yang telah diutus untuk menjadi rahmat kepada kehidupan manusia. Dan satu-satunya manusia yang layak kita jadikan ikon dalam kehidupan ini, kerana bagindalah sebaik-baik manusia yang Allah hadiahkan agar menjadi panduan, contoh, teladan dan ikutan untuk kita. Dan bukan sekadar menjadi bahan bacaan tatkala zaman kecil di sekolah rendah yang kemudiannya dilupakan entah ke mana. Nauzubillah.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ 
اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” 
(Surah al-Ahzaab, 33: 21)


“Sesiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Lihat: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/137, no. 1672) 


Seribu maaf dari saya jika terdapat kecelaruan bahasa. Sungguh, saya juga masih berusaha menjadikan baginda satu-satunya ikon dalam hidup ini, kerana yang dikejar itu adalah mardhatillah (redha Allah).

Masih belajar erti tawadhu'. Doakan saya.

Farah Fareen.




Monday 18 June 2012

Dia sedang menunggu


sungguh ada kala saya terasa cukup takut untuk menulis lagi. Kerana fitrah sebagai seorang manusia itu yang cukup menguji dan membuat saya teruji. Hati manusia yang memang fitrahnya mudah, dan teramat mudah berbolak-balik kerana hakikat syaitan yang tiada pernah berhenti membisikkan kata sesatnya.

Sungguh aku masih lagi manusia yang penuh khilaf itu. Sungguh aku masih lagi seorang hamba yang bertatih mencari redha-Nya. Sungguh ada kala di saat diri ini masih diberi kemampuan untuk berkongsi cerita di ruang penulisan yang cukup sederhana ini, aku sekadar mengharapkan bahawa insan yang membacanya mampu memahami dan sama-sama terus kuat mencari redha-Nya. Aku sekadar penulis biasa, teramat biasa yang cuma menulis sisi kehidupan ini pada sudut yang cuma sedikit berbeza. Moga Allah meredhai apa jua usaha dan kata-kata yang terilham selama ini, semua-Nya atas izin Allah jua. Diri ini sekadar menjadi perantara menyebar kata-kata cinta Allah dari kitab-Nya yang suci. InshaAllah.

Moga Allah sentiasa membantu aku mencari kekuatan, memperbetulkan niat, membersihkan hati serta menguatkan lagi langkah kaki dan panca indera ini mencari erti ikhlas dan tawadhu' sebagai seorang hamba. Sungguh, manusia itu tiada layak untuk dikagumi apatah lagi dipuja, kerana semuanya hadir dengan izin Allah, Dia juga yang Maha Mencipta segala.  Di saat ini saya teringatkan sepotong ayat dari Al-Quran, betapa lemahnya kita sebagai hamba, betapa kerdil dan tiada dayanya kita tanpa kekuatan dan nikmat kurniaan dari-Nya. 

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarbenarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Mahaperkasa.” (Surah Al-Hajj, 22: 73-74) 

Sungguh diri ini terasa amat lemah, tanpa rahmat Allah, sungguh aku manusia yang langsung tiada punya kekuatan untuk menerima apatah lagi memberi. Kerana Allah itulah yang telah menetapkan rezeki dan nikmat kurniaan-Nya, memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki, membiarkan sesat bagi sesiapa yang Dia kehendaki.

Maka bersyukurlah, bertasbihlah saat kita masih dikurniakan kesedaran untuk memperbaiki diri, memperbetul apa jua khilaf dan kelalaian selama ini. Bersyukurlah, bersyukurlah. Antara manifetasi syukur yang terulung itu adalah dengan kuat beribadah kepada-Nya, Bangunlah di pertengahan malam, mencari masa sunyi berdamping dengan Ilahi di saat manusia yang lain sedang leka dibuai mimpi. Bangunlah untuk mencari kekuatan dalam doa dan air mata kerana terlalu mengharapkan redha dan keampunan Allah. 

"Hai orang yang berselimut,  bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,  atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan.Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Rabbmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan."
(Surah Al-Muzammil: 1-7)

Sungguh manusia itu sedikit sekali bersyukur. Sedikit.

“Hanya sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur” (Surah Saba' : 13)


Belum tibakah masanya untuk orang-orang Islam yang beriman kembali mengingat Tuhannya?
Belum tibakah masanya untuk kita menghitung bekalan diri buat hari akhir atau ajal yang sedang mengintai saat ini?


Carilah Tuhan. Dia sedang menunggu rintihan hamba yang rindu pada-Nya. Selalu.

Wallahu'alam.




Tuesday 12 June 2012

a word that changes everything

Subhanallah. this ukhuwwah truly a blessing. Wishing me well card. Syafakillah.

As salam dear readers. First of all, forgive me for not updating this blog quite a while. I have just finished the final week for trimester one, it has been quite a hectic week for me with some unpredicted things happened lately. And honestly I am not in a good health condition, so yup, hoping to get better soon. InshaAllah. Keep me in your dua's ya? Jazakallahhukhairan. Indeed Allah has tested me to show His love to me, for me to always remember Him in whatever condition I am. Yup, so alhamdulillah may these tests make me closer to Him. InshaAllah. Today I am going to write to you about a word. A word that changes everything. Curious enough aye? :)

One word that changes everything? What that might be?

Yup, I used to know and "aware" that this life is temporary and we should be a good Muslim to enter the Heaven, bla bla bla back when I was in Malaysia. But still, I thought that if I am "aware" enough about the temporaryness and the cheapness of this world, I would have not wasted my life for my own self only right? I guess I was not that "aware". Huh. *regrets*

But somehow alhamdulillah, life changes now. InshaAllah. My turning point when I found what Islam should mean to me is when I was in Wellington, back in 2010 during spring season. Yup (keep this a secret yeah :p) I realized that our job as a Muslim is more than just pleasing and satisfying ourselves daily and at some point, only to think about ourselves. And not others. I was not aware of the people's condition around me, my brothers and sisters in Palestine, Africa, Syria, Iraq and many others all Islamic Nations who are suffering a lot. I might have come to read about them in the newspaper and all before, but yeah that was all. Nothing else. I was completely driven by the thought of I should be good, excellent in studies, get good jobs and bla bla. Not a single contribution came to mind to change my brothers and sisters condition in the other parts of the world. I was selfish. That's the word. But  the ironic thing is New Zealand has changed all that. I was no longer an ignorant Muslim inshaAllah, whose mind used to only think about myself. That's how selfish I used to be. Nothing else matter but myself. *cried*

Dear friends, 
Life is short. You might think that 10 years is a long time, but out of 10 years how much time we already spent to sleep, study, eat, travel, entertain ourselves? Out of 10 years, how much preparation have we made to prepare our soul to meet Allah or in other words, how much ibadah have we done, for us to present during the Judgement Day? We might live for another 20 or 30 years if Allah wills, but that will mean more time spent on sleeping, eating and bla bla. What New Zealand has made me realize is that the preparation to meet Allah should start now, at this very moment. The time is now. Because life is short, and will be even more shorter if we wasted our time to enjoy this world, and not to prepare ourselves for the Hereafter. The Prophet s.a.w p.b.u.h lives until he was 63. Thus, what is the average time we might have left before our book is presented in front of The Creator? I think you could do the maths (:


So back to our topic. The word I was trying to say is 'usrah'. I am sure a lot of you have heard about this. 'usrah' is an arabic word, which means family. I was introduced to my family when I was in first year in Wellington. And alhamdulillah, until now my 'family' has given me a lot of lessons for me to improve myself. From being a Muslim by the name, to become a Muslim who is a Muslim by a verb too. 'Usrah' is not the only medium for us to change ourselves, and there were many other ways to do so. But for me, the continuous involvement in it, made me realized the importance for us, as human to always be reminded of what this life is for, especially what the Quran and the Sunnah wanted us to do and practice. Because it's human's  nature to be forgetful, to always be disturbed by the Syaitan who took a vow in front of Allah to make us lost and enter the Hell with them. Nauzubillah. And among the most important thing that 'usrah' has taught me is that we should not only try to improve ourselves, but to always remind each other each day, through any medium possible, to seek for Allah's blessing only in everything we do. To spread the words from Quran and Sunnah to each other, so that this world will become a better place. Unlike now, where people continuously spreading fitna and kill each other. We don't want that to continue right?

"And when your Lord said to the angels: I am making a caliph on the Earth. They said: Are You making therein one who corrupts it and sheds blood, while we hymn Your praise and sanctify You? He said: Surely I know that which you do not know "
(Al-Baqara, 2: 30).