Wednesday 30 October 2013

Pejamkan mata

Terkadang di saat sukar
Saat ini terasa dunia teramat ngeri untuk dilihat
Aku memejamkan mata, 
Sengaja, kerna buat sementara
Mahu ku larikan diri ini,
Dari konfrontasi dunia nyata

Namun di saat ku pejamkan mata
Bukanlah bererti diri ini lemah tiada maya
Dan bukanlah kerana kakunya jiwa
Cuma aku mencuba membangunkan minda
Yang terkadang lelap dalam fana

Di mana, harus ku cari kekuatan 
Menebarkan sayap semangat diri
Agar tiada mata terpejam
Terlalu lama, sehingga aku alpa
Realiti tiada mudah disangka

Diri ini
Memejamkan mata lagi
Kerana terkadang aku takut 
Hakikat jiwa manusiawi
Terkadang mereka, aku dan dia,
Tiada mampu untuk membeza
Yang mana duka, yang mana dusta
Dan terkadang mata terpejam tanpa sengaja
Kerana diri ini
Sukar teramat, menghilangkan makna
Trauma pada jiwa

Ya, aku jiwa yang mudah trauma
Dan tidak mudah lupa
Namun diri ini tetap tiada akan putus asa
Berjuang membebaskan sayap 
Dari kisah lama, yang membebani cuma

Dan 
Mata yang terkadang ku pejamkan
Bukan kerana kelemahan,
Tetapi kerana menggenggam kekuatan
Membunga harapan



Sunday 20 October 2013

Craved for

We craved for knowledge 
Yet we often abandon the ones we already learned
We craved for creativity
Yet we stumbled upon between desires and selfishness

We often do not know
What should we aim for
What should be the purpose
Cause the world is deceiving us
Often, too often
We craved for the wrong things
Struggled for the wrong reasons
Wishing for the wrong persons

But lost not
Give up not
It is not too late
To change what we craved for
To add what we are lacked of
To find where the purpose gone

We, you and me
Have nothing in difference
But to always remind each other
That the best among us, 
Is the one who's most noble
Having the highest level 
Of taqwa, that could be seek
In this world, while you and me,
Are given the chance to live.

And so we shall,
Watch what we craved for,
And the true purpose of,
Living in His world.