kata yang membangkit inspirasi
menjelmakan sisi yang tiada pernah terfikir
wujud pada diri
walau teramat lama
tanpa sedar tercari
manusia terkadang mahukan nama
nama yang menjadi ingatan jiwa mereka
namun mereka terkadang jua alpa
mengukir nama dan tanpa sengaja mengukir luka
pada jiwa yang mendambakan belas dari nya
sungguh Tuhan tidak pernah meninggalkanmu
wahai jiwa yang disakiti atau dilupai
hakikat dunia yang penuh ilusi
bukan bermaksud diri rapuh tidak upaya berdiri
namun kerana ujian itu
meletakkan martabatmu tinggi
seandai engkau redha itu dugaan Ilahi
Maha Agung dan Maha Tahu
bicara malam pada aku
biarkan kegelapan membawa pergi
luka yang pernah menghiris sepi
kata yang tiada pernah dimaknai
mereka tidak mengerti
mungkin masih mencari
kebenaran yang diyakini
bicara malam padaku
biar cahaya Ilahi membasahi hati
biar kitab-Nya yang menyentuh sanubari
kerana itu bukti cinta yang hakiki