Thursday 29 March 2012

nukilan buat Adam dan Hawa

Wahai kaum Adam yang dimuliakan kerana Allah
juga kaum Hawa yang dicintai kerana-Nya
tiada aku mampu mengukir bicara sempurna
untuk menulis nukilan ini buat hati-hati kamu
yang hanya Allah Maha Mengetahui memegangnya


Wahai kaum Adam
di saat kaum Hawa cuba menjauhkan diri
usahlah disalah tafsirkan niatnya yang tersembunyi
jangan mudah kau tafsirkan
pada kaum Hawa
sebagai kesombongan atau egonya diri
mungkin saja kaum Hawa
khuatir akan lemahnya iman diri mereka
juga iman kamu wahai kaum Adam
saat dia meluah bicara
saat dia mengalunkan suara


Wahai kaum Adam
syaitan itu tiada pernah henti menggetarkan hatimu
membisik seribu panahan nafsu
dan kerana itu kaum Hawa
adakala berusaha teramat
berharap agar kamu cuba memahami kondisi dirinya
tiada terlintas di hatinya menjadi fitnah buatmu
wahai kaum Hawa
auratmu yang ditutup sempurna
bicara yang tidak dilunakkan suaranya
batas pergaulan yang terjaga
itulah bantuan berharga buat kaum Adam 
agar tiada terlintas 
fitnah di hatinya


maaf buat kaum Adam
jika kamu benar mengerti 
betapa resah dan gelisahnya diri kaum Hawa itu
saat kamu memerhati
saat kamu cuba mencari kesempurnaan pada dirinya
ketahuilah kaum Adam
mereka juga insan biasa
yang tiada terlepas dari perangkap nafsu dan godaan dunia
kami merayu kamu kaum Adam
hormatilah kami
sebagaimana kehidupan Rasulullah menjadi inspirasi
buat aku dan 
kamu,

~Kaum Adam dan Hawa yang diciptakan untuk saling melengkapi kerana mencari redha-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)





1 comment:

  1. entri memang tepat dengan situasi adik sekarang :) nice.. May Allah bless you always, miss ya XD

    ReplyDelete