Wednesday 30 October 2013

Pejamkan mata

Terkadang di saat sukar
Saat ini terasa dunia teramat ngeri untuk dilihat
Aku memejamkan mata, 
Sengaja, kerna buat sementara
Mahu ku larikan diri ini,
Dari konfrontasi dunia nyata

Namun di saat ku pejamkan mata
Bukanlah bererti diri ini lemah tiada maya
Dan bukanlah kerana kakunya jiwa
Cuma aku mencuba membangunkan minda
Yang terkadang lelap dalam fana

Di mana, harus ku cari kekuatan 
Menebarkan sayap semangat diri
Agar tiada mata terpejam
Terlalu lama, sehingga aku alpa
Realiti tiada mudah disangka

Diri ini
Memejamkan mata lagi
Kerana terkadang aku takut 
Hakikat jiwa manusiawi
Terkadang mereka, aku dan dia,
Tiada mampu untuk membeza
Yang mana duka, yang mana dusta
Dan terkadang mata terpejam tanpa sengaja
Kerana diri ini
Sukar teramat, menghilangkan makna
Trauma pada jiwa

Ya, aku jiwa yang mudah trauma
Dan tidak mudah lupa
Namun diri ini tetap tiada akan putus asa
Berjuang membebaskan sayap 
Dari kisah lama, yang membebani cuma

Dan 
Mata yang terkadang ku pejamkan
Bukan kerana kelemahan,
Tetapi kerana menggenggam kekuatan
Membunga harapan



No comments:

Post a Comment