Wednesday, 2 May 2012

kamu yang membahagiakan

wellington zoo 2011


dan benarlah, benarlah
senyuman itu melahirkan kasih sayang
jua kebahagiaan saat diri dihambat sangkaan
kerana jarak yang memisahkan
kerana masa yang membezakan

kamu dan kamu
yang tiada dapat aku temu selalu
lantas diri ini kerap bertanya
apa khabarnya di sana
sungguh kesibukan yang menghimpit diri di sini
tiada pernah membuat aku lupa
akan kehadiran istimewa kamu tiap masa
dalam ruang hati yang berbunga saat melihat senyuman bahagia
kamu, walau hanya tersimpan dalam memori semata


queenstown april 2012


kamu dan kamu yang membahagiakan
saat diri ini dilanda seribu kerisauan
dan kerana detik pertemuan seterusnya
tiada dapat aku bayangkan 
bila dan di mana tertulisnya 
namun doa buat kamu 
tidak pernah putus-putus aku kirimkan
agar kamu terus melakar bahagia
walau ada saatnya kesedihan datang mengukir kelibatnya

buat kamu
teruskan hidup ini dengan percayakan rahmat-Nya
yakinlah tiap nafas dan ketentuan itu
ada hikmah tersembunyi
yang cuma Maha Pencipta mengetahuinya
dan ketahuilah 
aku di sini tiada pernah lupa
akan senyuman kamu yang membuat diri ini
mekar berbahagia.
moga Allah merahmati kamu;
kamu  adalah keluarga, sahabat dan saudara yang aku sayangi kerana-Nya.
Alhamdulillah atas segalanya.

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
Al-Hadid 22 & 23


wellington zoo 2011





No comments:

Post a Comment