Monday, 28 May 2012

Persoalan

ya Tuhan,
aku memohon kekuatan,
mencari jawapan kepada sebuah persoalan
yang terlalu lama menghimpit dan mengenggam perasaan
dan terlalu diri ini bimbang
jika suatu saat aku hanyut tanpa sedar
mencari dan terus mencari
sehingga tidak bertemu jawapan

ya Tuhan
aku cuma insan dan hamba yang lemah
tiada daya aku melangkaui apa jua
yang telah Engkau takdirkan di Luh Mahfuz sana
sungguh diri ini hanya mampu berusaha, bertawakal dan berdoa
moga apa jua ketentuan dan takdirnya
hati ini dapat menerima dan redha dengan penuh bahagia

Sungguh
jangan Kau biarkan aku keseorangan
dilambung ombak dan dihanyut ujian
sungguh aku perlukan bimbingan
juga kekuatan yang didasari iman
kerana aku cuma insan yang penuh pengharapan
kepada-Mu, untuk terus melangkah
dan melangkah mencari makna sebenar
dan erti kehidupan.
menjadi abid dan khalifah di bumi ciptaan Tuhan.



~apa jua yang telah Engkau takdirkan untuk diri ini, sungguh itulah yang terbaik. Bantulah dan bimbinglah diri ini agar terus redha dengan apa jua ketentuan disebalik usaha yang mampu diberikan. Kuatkan, kuatkan keteguhan iman. Amin, ya Rabb.

No comments:

Post a Comment